fb fb fb fb fb

Minyak masak terpakai mampu jana pendapatan isi rumah - Salahuddin

(Salahuddin Ayub)

KUALA LUMPUR, 8 Jun- Libat urus bersama PETRONAS sedang dipergiat bagi mewujudkan ekosistem kitar semula minyak masak terpakai kepada industri biodiesel yang berpotensi menjana pendapatan negara dan pendapatan isi rumah.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, langkah itu juga bagi memastikan minyak masak terpakai bersubsidi yang mencecah 65,000 metrik tan sebulan dapat dimanfaatkan.

"Ada lebih kurang 65,000 metrik tan sebulan minyak masak untuk dikitar semula. Ia boleh memberikan pendapatan kepada isi rumah dan juga sumber pendapatan baharu kepada negara.

"Libat urus dengan beberapa syarikat pengeluar mintak seperti PETRONAS telah kita adakan," katanya menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man di Dewan Rakyat.

Tambah beliau, Akta Kawalan Bekalan 1961 di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Akta Industri Biobahan Api Malaysia 2007 di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi akan digunakan bagi mengawal sebarang isu ketirisan.

"Harga minyak masak paket bersubsidi adalah RM2.50 sepaket, manakala yang dikitar semula boleh dijual pada harga pasaran lebih rm3.80. Kita juga ada Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (ECOSS) yang mana kita boleh kesan kilang, pemborong dan peruncit daripada cuba mengambil kesempatan," tambahnya.

Minyak masak terpakai mendapat pemintaan tinggi daripada beberapa industri terutama industri pengangkutan udara untuk dijadikan sebagai bahan bakar.

(Salahuddin Ayub dan Tuan Ibrahim Tuan Man)

Media Baharu