fb fb fb fb fb

Kos haji naik disebabkan inflasi dan tukaran mata wang-Na'im

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 8 Jun-RM30,850 diperuntukan bagi setiap jemaah haji Muassasah musim ini berikutan kenaikkan kos dalam mengerjakan haji tahun ini.

Jumlah itu menunjukkan sedikit peningkatan sebanyak lapan peratus berbanding RM28,632 tahun lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata peningkatan tersebut adalah disebabkan beberapa faktor.

Antaranya, kadar inflasi dan percukaian di Arab Saudi dan kadar tukaran mata Ringgit berbanding Riyal dan Dolar Amerika Syarikat (AS).

Tambah Na'im, Tabung Haji (TH) telah memperkenalkan bantuan kewangan bersasar bagi membantu jemaah haji B40.

"Keputusan penetapan bayaran penuh ini   dibuat berdasarkan komsep institaah dimana ibadah haji kepada mereka yang berkemampuan.

"Tabung haji juga telah berkerjasama dengan kerajaan untuk menyemak silang maklumat bakal haji  dengan bekalan data sedia ada berkaitan jemaah haji yang terpilih berdasarkan penerima sumbangan tunai rahmah kerajaan.

"Manakala jemaah T20 pula, adalah mereka yang mempunyai pendapatan individu bulanan melebihi RM15,000 bukan berasaskan pendapatan isi rumah", katanya ketika menjawab pertanyaan yang dikemukakan Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latif Abdul Rahman yang bertanyakan kriteria untuk mengklafikasikan B40, M40 dan T20 dalam mengerjakan haji.

Katanya lagi, pemberian bantuan haji secara bersasar dapat membantu TH dalam  menampung perbelanjaan kos operasi haji keseluruhan bagi memastikan kelestarian kewangan TH pada masa hadapan.


(Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar
/FOTO RTM)

Media Baharu