fb fb fb fb fb

10,109 calon SPM 2022 peroleh semua A

(Pkharuddin Ghazali)

PUTRAJAYA, 8 Jun- Seramai 10,109 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali yang mengumumkan keputusan itu berkata, pencapaian calon SPM pada 2022 adalah lebih baik apabila merekodkan Gred Purata Nasional (GPN) sebanyak 4.74 berbanding 4.86 pada tahun sebelumnya.

Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik.

Menerusi Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan SPM Tahun 2022, pencapaian calon merujuk kepada sejauh mana calon menguasai pembelajaran dalam kesemua mata pelajaran yang diuji.

Analisis berkenaan adalah berdasarkan calon baharu yang mendaftar sekurang-kurangnya enam mata pelajaran dan menduduki sekurang-kurangnya satu mata pelajaran.

Sementara itu, pencapaian SPM 2022 bagi bandar dan luar bandar menunjukkan peningkatan, sekali gus merekodkan jurang yang semakin mengecil iaitu sebanyak 0.03 mata berbanding SPM 2021.

Keputusan peperiksaan SPM 2022 berbanding SPM 2021 juga menunjukkan sebanyak 69 mata pelajaran mencatatkan peningkatan prestasi, 24 mata pelajaran mencatatkan penurunan dan dua mata pelajaran pelajaran telah menunjukkan prestasi tidak berubah atau kekal.

Seramai 373,974 calon menduduki SPM 2022.

“Seramai 75,322 calon SPM 2022 pula merekodkan pencapaian kepujian iaitu sekurang-kurangnya gred C untuk semua mata pelajaran,” katanya di sini.

(Pkharuddin Ghazali (tengah) memegang Laporan Analisis Keputusan
Peperiksaan SPM Tahun 2022)

Media Baharu