fb fb fb fb fb

Jocelyn Chia bukan lagi warga Singapura, mohon maaf kepada Malaysia - Pesuruhjaya Tinggi

(Vanu Gopala Menon)

KUALA LUMPUR, 8 Jun- Kerajaan Singapura memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan melampau pelawak yang berasal dari negara itu, Jocelyn Chia.

Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon berkata, Chia tidak lagi memegang kewarganegaraan Singapura dan kata-kata atau tindakannya sama sekali tidak mencerminkan pandangan negara itu.

Vanu Gopala berkata, beliau amat terkejut dengan lawak menyinggung yang dibuat oleh Chia dalam satu persembahan komedi berdiri, baru-baru ini.

"Kerajaan Singapura tidak sesekali membenarkan sebarang kata-kata atau tindakan yang boleh mencetuskan kemudaratan atau menguris perasaan orang lain.

"Chia bukan lagi warga Singapura, sama sekali tidak mencerminkan pandangan negara kami," katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Vanu Gopala, sebagaji jiran terdekat, Malaysia dan Singapura mempunyai hubungan yang kuat, mendalam dan saling memerlukan.

"Kita juga mempunyai hubungan sejarah yang unik dan hubungan erat antara rakyat dengan rakyat.

"Komen-komen seperti yang dibuat oleh Chia tidak membantu dan merosakkan kepercayaan dan persahabatan rapat dinikmati oleh kedua-dua negara dan rakyatnya.

"Saya dengan tulus ikhlas memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia atas kenyataan yang menyakitkan hati itu," katanya.

(Jocelyn Chia)

 

Berita Berkaitan:
Pelawak Singapura didakwa hina Malaysia

Media Baharu