fb fb fb fb fb

Minyak masak botol: Pengilang disaran turunkan 10 peratus harga

(Tan Sri Annuar Musa (kiri) pada sidang media khas di Parlimen)

KUALA LUMPUR, 18 Julai-Ketidakseragaman harga minyak masak antara kawasan luar bandar dan bandar disebabkan stok tersedia dengan harga lama di sesuatu kawasan. 

Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi,Tan Sri Annuar Musa berkata, namun begitu terdapat juga pengedar atau pengilang yang bersedia menjual dengan harga murah meskipun berlaku kenaikan harga.

Annuar berkata, isu tersebut telah pun dibincangkan di peringkat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi pada petang Isnin.

Katanya lagi, minyak masak berbotol ini tidak termasuk dalam minyak bersubsidi sekali gus menyukarkan kawalan harga yang boleh dikuatkuasakan

"Kita perlu bekerjasama dan berlaku adil, sewaktu minyak naik kita cepat sekali naikkan harga dengan memberikan alasan harga minyak naik, jadi sekarang bila harga minyak turun kita tidak mahu tengok indusrti memberi isyarat salah kepada rakyat," katanya dalam sidang media khas di Parlimen, di sini.

Tambahnya, kerajaan sentiasa mencari kaedah terbaik agar impak kenaikan harga minyak dapat dikurangkan termasuklah mengadakan perbincangan dengan pengilang-pengilang minyak masak.

Dalam pada itu, Annuar berkata, pengilang diminta menurunkan harga minyak tidak disubsidi sekurang-kurangnya 10 peratus lebih rendah berbanding harga jualan ketika ini.

Kerjasama itu dituntut susulan penurunan harga sawit di pasaran kini.

Katanya, penurunan tersebut diharap dapat dilaksanakan dalam masa terdekat oleh pihak pengilang.

(Kerajaan sentiasa mencari kaedah terbaik agar impak kenaikan harga minyak dapat dikurangkan
termasuklah mengadakan perbincangan 
dengan pengilang-pengilang minyak masak)

"Saya mohon kerjasama semua pengilang dan dalam masa seminggu dua kita ingin melihat harga mnyak masak diturunkan daripada harga ianya dijual sekarang iaitu lebih kurang RM42 bagi botol 5 kilogram (kg)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Pasukan Khas Jihad Menangani Inflasi di Parlimen.

Tambahnya, kerjasama antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bersama pengilang akan terus dipergiat bagi memastikan kepatuhan semua pihak.

Media Baharu