fb fb fb fb fb

FMM sokong tangguh pelaksanaan nisbah 80:20 kuota pekerja tempatan dan asing

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 18 Julai- Komuniti perniagaan tempatan menyokong keputusan kerajaan menangguhkan pelaksanaan nisbah 80:20 bagi kuota pekerja tempatan kepada pekerja asing dalam sektor pembuatan.

Langkah itu memberi kelegaan kepada pemain industri yang ketika ini berdepan beberapa cabaran utama termasuk kekurangan tenaga kerja dan peningkatan kos operasi.

Presiden Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM), Tan Sri Soh Thian Lai berkata kekurangan tenaga kerja menyebabkan syarikat mengalami kelewatan dalam memenuhi penghantaran barangan, kehilangan pelanggan sedia ada dan kehilangan perniagaan berpotensi.

(Presiden Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM), Tan Sri Soh Thian Lai)

Beliau yang mewakili 51 organisasi, persatuan perdagangan dan dewan perniagaan menjelaskan, proses mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing menerusi automasi sudah berlaku, namun secara berperingkat.

"Tidak semua tenaga kerja boleh digantikan dengan automasi, justeru permintaan bagi memenuhi keperluan tenaga buruh akan tetap berterusan," katanya

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebelum ini, mengumumkan penangguhan pelaksanaan syarat tersebut bagi tempoh dua tahun.

Media Baharu