fb fb fb fb fb

Minggu Perpaduan inisiatif perluas konsep Malaysia Madani di seluruh negara

SEREMBAN, 17 Januari- Pelbagai program menarik akan dirangka dalam usaha memupuk masyarakat bertamadun serta menyemarakkan semangat perpaduan sejajar konsep Malaysia Madani yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Perpaduan Negara,Datuk Aaron Ago Dagang berkata, sebagai langkah pertama, kementeriannya akan memnganjurkan Minggu Perpaduan yang akan berlangsung di seluruh negara bermula Mei ini.

"Langkah pertama kita akan laksana program besar-besaran berkonsepkan Malaysia Madani menerusi Minggu Perpaduan yang akan bermula pada Mei ini di Sarawak.

Banyak kementerian dan agensi akan terlibat dalam program ini seperti Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat  (KPWKM) dan Kementerian Pendidikan yang mempunyai program langsung untuk kesejahteraan rakyat," katanya pada Majlis Amanat Tahun 2023 Bersama Menteri Perpaduan Negara, di Dewan Theatrette, Wisma Negeri, di sini.

(Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara)

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua kementerian membangunkan Malaysia sebagai sebuah Negara Madani.

Usaha membentuk masyarakat madani akan diketuai Kementerian Perpaduan Negara yang merangkumi aspek kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, nilai hormat, keyakinan dan ihsan.

Media Baharu