fb fb fb fb fb

Daftar Pemilih Tambahan Disember 2022 dibuka untuk semakan

(FOTO HIASAN/BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 17 Januari- Daftar Pemilih Tambahan Bulan Disember Tahun 2022 (DPT BLN12/2022) yang telah diperaku dan diwartakan, dibuka untuk semakan selama 30 hari mulai hari ini hingga 15 Februari ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak dalam satu kenyataan berkata, DPT BLN12/2022 itu mengandungi 39,489 nama warganegara yang berumur 18 tahun ke atas bagi tempoh 1 hingga 31 Disember 2022 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu.

Tambahnya , DPT BLN12/2022 ini juga turut membabitkan T13,759 pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 2,029 orang pemilih bertukar status atau kategori pengundi.

katanya, SPR menyediakan lima kaedah semakan iaitu menerusi portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my dan portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my 
Selain itu, boleh dilakukan menerusi aplikasi dalam talian di https://myspr.spr.gov.my, aplikasi mudah alih MySPR Semak dan hotline SPR di talian 03-88927218.

SPR turut menyeru kepada warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 31 Disember 2022 dan mana-mana pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status untuk menyemak nama mereka dalam DPT BLN12/2022.

(FOTO HIASAN/BERNAMA)

"Sekiranya mendapati nama tidak disenaraikan, mereka boleh membuat tuntutan dengan mengisi borang C melalui aplikasi dalam talian yang disediakan atau hadir ke pejabat pilihan raya negeri yang berkenaan.

"Manakala pemilih berdaftar di sesuatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat bantahan kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya boleh mengisi Borang D dan hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan," katanya.

Media Baharu