BUTTERWORTH, 17 Oktober - Kementerian Pertahanan bersama Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) akan menjalin kerjasama bagi memilih veteran tentera untuk diserap masuk ke agensi berkenaan.
Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata pihaknya akan menyenaraikan calon terbaik dalam kalangan anggota yang telah menamatkan perkhidmatan.
"Dia bukan sahaja GGK tetapi kita akan juga melihat beberapa contohnya macam para dan seumpamanya. jadi keutamaan kita memang kepada anggota grup gerak khas kita, komando kita kerana mereka mempunyai kemahiran yang sesuai dengan AKPS.
"Jadi pemilihan akan dibuat oleh AKPS tetapi kita akan senaraikan anggota-anggota kita yang terbaik di kalangan mereka untuk diserapkan menjaga pintu masuk negara," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Jelajah Wira Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) 2025 edisi Utara di Pangkalan Udara, di sini hari ini.
Menerusinya, 29 usahawan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima sijil tamat latihan melalui Program Pemerkasaan Usahawan Wira LTAP 1.0.