fb fb fb fb fb

MIMOS bangunkan teknologi ramal banjir seminggu lebih awal

(Datuk Seri Dr Adham ketika sidang media selepas Majlis Pelancaran
Minggu Angkasa Sedunia di Pusat Sains Negara/BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 5 Oktober- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) membangunkan teknologi yang boleh meramal banjir tujuh hari lebih awal.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata teknologi itu yang dikenali sebagai Sistem Pengurusan Bencana Bersepadu (IDMS) dan Sistem Maklumat dan Logistik Banjir Monsun Berteraskan Imej Satelit (eBanjir), menggunakan teknologi angkasa iaitu Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan Sistem Penentududukan Global (GPS).

Dengan menggunakan teknologi satelit penderiaan jauh, ia berupaya mencerap dan menghasilkan imej serta maklumat muka bumi terkini, yang amat berguna dalam membantu pengurusan bencana lebih cepat, cekap dan berkesan.

Pihak kementerian juga menjalankan kerjasama dengan rakan teknologi iaitu MIMOS untuk membangunkan data analitik di pusat kawalan supaya ramalan tepat dapat diberikan seawal tujuh hari.

(Datuk Seri Dr Adham Baba melancarkan Minggu Angkasa Sedunia di Pusat Sains Negara
/BERNAMA)

"Ia membantu membangunkan data raya analitik di pusat kawalan yang menyumbang data awal seperti ramalan banjir, satu hingga tujuh hari lebih awal. Kedua amaran babjir, enam jam ke dua hari lebih awal dan juga pangkalan data raya analitik serta sistem hebahan luas melalui berita rasmi dan media sosial.

"Sistem ini dipanggil SERAB dan mempunyai tiga kawasan yang kita liputi setakat ini di Sungai Terengganu, Sungai Kelantan, Sungai Pahang dengan menggunakan tujuh teknologi dibangunkan oleh MIMOS," kata Dr Adham dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Minggu Angkasa Sedunia bertemakan Kelestarian Angkasa, di sini.

Media Baharu