fb fb fb fb fb

Tarikh bubar parlimen: PM teliti setiap pandangan

(Foto fail)

SHAH ALAM, 4 Oktober- Setiap pandangan dan cadangan yang diutarakan parti-parti politik berkenaan pembubaran Parlimen tidak boleh mengubah dan mempengaruhi kuasa Perdana Menteri untuk mencadangkan tarikh pembubaran kepada Yang di-Pertuan Agong.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kenyataan beberapa parti politik yang meminta agar rancangan membubar Parlimen dalam tempoh terdekat ditangguhkan tidak akan mempengaruhi keputusan beliau, namun setiap pandangan dan cadangan akan dilihat dan diteliti.

"Sebab keputusan untuk pembubaran tak ada kena mengena dengan parti politik yang lain. Sebelum ini pun tak pernah dibincang secara terbuka macam ini tentang tarikh bubar parlimen dan sebagainya. Dulu PM kata bubar, maka bubar Parlimen.

"Mana ada parti politik lain bagi pandangan dan campur tangan. Dulu tak pernah. Bukan setakat perbincangan dengan parti lain, dengan parti sendiri pun tak ada perbincangan kalau dulu.

(Datuk Seri Ismail Sabri ditemui memaklumkan bahawa beliauteliti setiap pandangan)

"Dulu tidak ada, tidak pernah dalam media orang cakap berbincang secara terbuka tentang tarikh pilihan raya parti lain tak pernah, parti sendiri pun tidak. PM rasa wajar dia bubar, dia bubar.

"Jadi apa yang disebut oleh parti lain tu tidak boleh mempengaruhi dari segi pembubaran parlimen tetapi setiap cadangan dan pandangan saya akan tengok setiap pandangan tetapi tidak boleh mempengaruhi kuasa untuk mencadangkan kepada YDPA membubarkan," tegas Ismail Sabri ketika menjawab pertanyaan media mengenai kenyataan beberapa parti politik yang tidak bersetuju parlimen dibubarkan dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata keputusan pembubaran parlimen sepatutnya tidak melibatkan perbincangan secara terbuka termasuk membabitkan parti kerajaan dan pembangkang. Sebaliknya akan dilakukan sekiranya perdana menteri merasakan parlimen wajar dibubarkan.

Media Baharu