METMalaysia keluarkan nasihat ribut tropika Fengshen

KUALA LUMPUR, 19 Oktober – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini mengeluarkan nasihat berkaitan ribut tropika FENGSHEN, yang bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan 30 kilometer sejam (km/j) pada jarak kira-kira 961 kilometer ke timur laut, Kudat, Sabah.

RINGKASAN BERITA AI
  • METMalaysia keluarkan nasihat mengenai ribut tropika Fengshen yang bergerak ke arah barat laut.
  • Kelajuan angin maksimum direkodkan pada 65 km/j; setakat ini tiada kesan signifikan ke atas Malaysia.
  • Ribut berada kira-kira 34 km barat laut Manila dan kira-kira 961 km timur laut Kudat, Sabah.

METMalaysia memaklumkan ribut berkenaan mencatat kelajuan angin maksimum 65km/j namun setakat ini tidak memberikan kesan signifikan kepada Malaysia.

Menurut jabatan itu, kedudukan semasa ribut tropika berkenaan pada 11 pagi tadi adalah di latitut 14.7 utara dan longitud 120.6 timur, kira-kira 34km ke barat laut Manila City, Filipina. -BERNAMA