fb fb fb fb fb

'Meta Creator Academy' galak perkembangan e-dagang

(Majlis pelancaran Meta Creator Academy)

KUALA LUMPUR, 11 Mac- Pengenalan 'Meta Creator Academy' akan menggalakkan perkembangan e-dagang yang lebih pesat di negara ini.

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia, MDEC optimis, inisiatif Meta Malaysia itu akan merangsang ekonomi digital menyumbang lebih tinggi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar menerusi penciptaan kandungan.

Menurut Ketua Pegawai Pelaburan Digital MDEC, Raymond Siva, sejajar permintaan yang meningkat dalam e-dagang, ekonomi digital menyumbang 23.2% kepada KDNK tahun lalu dan dijangka melonjak kepada 25.5% menjelang 2025.

"Ia seperti termaktub dalam Rangka Tindakan Ekonomi Digital. Ia telah mencapai 23.2% tahun lepas. Jadi kita jangka angka ini akan meningkat. Sumbangannya daripada e-dagang.

"Ekonomi pencipta kandungan semakin meningkat. E-dagang ini melibatkan jualan termasuk Instagram, Facebook dan ramai pempengaruh melibatkan diri dalam rangkaian ini melakukan aktiviti perdagangan,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas pelancaran Meta Creator Academy di ibu negara.

Menerusinya, pencipta kandungan yang berada di peringkat permulaan kerjaya akan dilatih dan didedahkan dengan cara-cara menggunakan peralatan digital bagi menarik lebih ramai penonton selain membina jenama mereka tersendiri.


(Ketua Pegawai Pelaburan Digital MDEC, Raymond Siva)

Media Baharu