(INFOGRAFIK METMALAYSIA)
KUALA LUMPUR, 11 Mac- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di Sarawak hingga esok.
MetMalaysia, dalam kemas kini pukul 11.40 pagi tadi memaklumkan keadaan itu diramal berlaku di Kuching, Samarahan dan Asajaya.
Semenatara hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku Serian, Samarahan dan Simunjan juga sehingga esok.
Amaran Hujan Berterusan (Buruk) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 mm dalam tempoh enam jam.
Amaran Hujan Berterusan (Waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan/ribut petir sedang/dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan.
(FOTO HIASAN)