fb fb fb fb fb

Cegah kanser melalui gaya hidup sihat

(Foto BERNAMA)

PUTRAJAYA, 11 Mac- Kanser merupakan salah satu daripada lima sebab utama kematian di Malaysia.

Beban penyakit kanser dijangka akan terus meningkat disebabkan oleh prevalen faktor-faktor risiko penyakit tidak berjangkit yang tinggi dan populasi menua di Malaysia.

Bagaimanapun, Menteri Kesihatan, Dr.Zaliha Mustafa berkata penyakit itu boleh dicegah melalui amalan gaya hidup sihat dan pengesanan awal.

"Berdasarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), hampir 30 hingga 50 peratus penyakit kanser boleh dicegah melalui amalan pemakanan sihat, melakukan aktiviti fizikal, tidak merokok serta mengelakkan pengambilan alkohol secara berlebihan.

"Ia boleh dikesan daripada awal dan mempunyai harapan untuk sembuh sekiranya mendapatkan rawatan.

"Orang ramai diminta tampil menjalani ujian saringan dan tidak melengah-lengahkan rawatan penyakit itu.

"Orang ramai juga diminta tidak terpengaruh dengan rawatan alternatif yang belum dibuktikan keberkesanannya," katanya kepada pemberita di sini.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu