fb fb fb fb fb

Malaysia Madani: Pembangunan adil, seimbang untuk semua golongan

(Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Landskap Negara
2023 Peringkat Kebangsaan di Taman D.R. Seenivasagam, hari ini / BERNAMA)

IPOH, 11 Mac- Pelaksanaan konsep Malaysia MADANI mesti menitiberatkan keseimbangan komunIti dalam pembangunan supaya pemacuan pertumbuhan dapat dirasai semua golongan.

Jelas Perdana Menteri, mercu tanda pembangunan sesebuah masyarakat tidak seharusnya terkenal dengan bangunan tinggi semata-mata.

Beliau berkata konsep Malaysia Madani perlu diperjelas untuk untuk kefahaman kepada masyarakat.

"Kerana bila kita bicara soal pembangunan, pembangunan ini pembangunan rakyat dan sekitar. Kita perbarui dalam Malaysia Madani mengenai kefahaman tentang apa erti pembangunan supaya pertumbuhan pemacuan pertumbuhan itu untuk semua,"katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Hari Landskap Negara 2023 (HLN2023) di Taman DR Seenivasagam, di Ipoh.

Pada majlis itu turut diumumkan sejenis spesis orkid hibrid baharu yang dinamakan Aranda PMX-Anwar sempena nama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sejambak orkid berkenaan telah diserahkan oleh Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming kepada Anwar selepas Perdana Menteri menyempurnakan majlis perasmian itu.

Ia dinamakan sedemikian bagi meraikan smbolik warna kuning-oren spesis berkenaan, yang menggambarkan kegembiraan, optimistik dan semangat seperti mana karakter Perdana Menteri.

Aranda PMX-Anwar merupakan kacukan induk betina, Aranda Tecnokraft, yang merupakan hibrid orkid integenerik daripada kacukan Aranda Khaw Phaik Suan dan Vanda Memoria Choo Lalkeun, manakala induk jantan, Aranda Sayan, juga adalah hibrid orkid integenerik berwarna kuning kacukan di antara Vanda Medasand dan orkid liar Arachnis hookeriana.

Kacukan baharu itu berbunga kali pertama pada 5 Mac 2013. Hibrid jenis itu telah didaftarkan dengan Penguatkuasa Pendaftaran Antarabangsa Hibrid Orkid di England.

Ciri-ciri bunga bewarna kuning-oren terang mewarisi sifat induk jantan dengan kelopak tebal, berbentuk hampir bulat dan tersusun cantik dengan bibir bunga bewarna oren kemerahan.

Bibir bunga yang agak panjang dan warna oren kemerahan ini menyerlahkan keseluruhan jambangan bunga di pokok.

Bunga ini bersaiz sederhana dengan saiz berukuran diantara 3.0 ke 4.5 sentimeter dan susunan jambak bunga berbentuk spiral dengan tangkai bunga berukuran sederhana di antara 28 hingga 30 sentimeter panjang.

Setangkai bunga mengeluarkan 8 hingga 12 kuntum bunga yang tahan lebih lima minggu di pokok.


(Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) menerima spesis orkid hibrid baharu yang dinamakan

sebagai Aranda PMX-Anwar daripada Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming (kiri)
pada majlis perasmian Sambutan Hari Landskap Negara 2023 Peringkat Kebangsaan
di Taman Dr Seenivasagam hari ini /BERNAMA)

Media Baharu