fb fb fb fb fb

Li Qiang dilantik Perdana Menteri China baharu

(FOTO AFP)

BEIJING, 11 Mac-Li Qiang, salah seorang sekutu yang paling dipercayai Presiden China, Xi Jinping dilantik sebagai Perdana Menteri pada Sabtu.

Li, bekas ketua Parti Komunis China Shanghai dinamakan sebagai Perdana Menteri menggantikan Li Keqiang pada mesyuarat Parlimen yang diadakan minggu lalu.

Pemimpin berusia 63 tahun itu menenrima hampir keseluruhan undi daripada 2,900 orang delegasi pada Perhimpunan kebangsaan sehari selepas Jinping dilantik sebagai Presiden bagi penggal ketiga.

Pencalonan Li diragui selepas beliau gagal mengendalikan beberapa isu melibatkan akses makanan dan perubatan sejurus perintah berkurung yang dilaksanakan di Shanghai.

Namun, protes di beberapa bandar besar pada musim sejuk dan polisi sifar COVID telah menenggelamkan rekod buruk tersebut, menyaksikan cengkaman kukuh Li kepada politik negara itu-AFP


(Perdana Menteri, Li Qiang dan Presiden China, Xi Jinping/Foto AFP)

Media Baharu