(FOTO HIASAN)
KUALA LUMPUR, 11 Mac- Jumlah kes harian baharu seminggu ini (Rangkuman Mingguan Bernama 4 Mac-10 Mac 2023) meningkat sedikit kepada 1,513 kes berbanding tempoh yang sama minggu lepas iaitu 1,441 kes.
Semalam (10 Mac), sebanyak 251 kes harian baharu dilaporkan termasuk satu (1) kes import. Tiada kes kematian semalam dan untuk rekod, kes harian tertinggi untuk bulan Mac dicatat pada 9 Mac iaitu 279 kes.
Sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan ini, sifar kes kematian turut dilaporkan pada 4 Mac, 6 Mac dan 7 Mac dan 9 Mac. Hanya dua (2) kes kematian dilaporkan minggu ini.
Daripada 251 kes, lima (5) negeri/wilayah mencatat kes dua (2) angka, didahului WP Kuala Lumpur (87), Selangor (68), Melaka (15), Johor (13) dan Pulau Pinang (11).
Kes satu angka dilaporkan di Pahang (9), Kelantan (9), Sarawak (9), Kedah (8), WP Putrajaya (7), Negeri Sembilan (7), Perak (5), Sabah (1), WP Labuan (1) dan Perlis (1). Terengganu mencatat kes sifar.
Menurut data KKMNOW Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), setakat pukul 11:59mlm, 10 Mac 2023, Malaysia masih mempunyai 9,350 kes aktif COVID-19 dan daripada jumlah itu, sebanyak 9,012 kes (96.4 peratus) kuarantin di rumah.
Secara keseluruhannya, sehingga semalam (10 Mac), Malaysia merekod sebanyak 5,044,969 kes COVID-19, kes sembuh 4,998,652 dan 36,967 kes kematian. Pandemik COVID-19 mula melanda Malaysia pada 25 Januari 2020. Pada 1 April 2022, Malaysia memasuki fasa peralihan ke endemik.
Dengan 5,044,969 kes kumulatif COVID-19, Malaysia menduduki tangga 28 daripada 229 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Chile (5,195,994 kes) dan Ukraine (5,399,231 kes).
Dalam kalangan 229 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Korea Selatan mencatat kes harian baharu tertinggi (10,355) diikuti Rusia (10,311) dan Jepun (9,113).
Amerika Syarikat mencatat jumlah kes kematian akibat COVID-19 tertinggi iaitu 1,148,765 kes.
Kes aktif COVID-19 di Malaysia setakat pukul 11:59mlm 9 Mac 2023 adalah sebanyak 9,350 dan daripada jumlah itu, sebanyak 96.4 peratus (9,012) dikuarantin di rumah.
Sifar (0) di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC); 332 kes (3.6 peratus) di hospital; 4 kes (0 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 2 (0 peratus) di ICU memerlukan ABP.-BERNAMA
(FOTO HIASAN)