fb fb fb fb fb

Mesyuarat MKT UMNO bincang solidariti parti hadapi PRU ke-15

(Sebahagian Ahli Majlis Tertinggi UMNO ketika keluar dari Menara Dato’ Onn selepas UMNO mengadakan
mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi malam tadi)

KUALA LUMPUR, 28 Ogos - Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung malam tadi membincangkan tentang solidariti parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.

Perkara tersebut dimaklumkan ahli MKT UMNO yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi hantaran di laman Twitter berkata; tiada kenyataan media dikeluarkan selepas mesyuarat MKT, namun ia mungkin dikeluarkan hari ini.


(Ketua UMNO Bahagian Padang Besar yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia,
Datuk Zahidi Zainul Abidin ketika keluar dari Menara Dato’ Onn selepas UMNO mengadakan
mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi)

Mesyuarat berkenaan dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan dihadiri Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Mesyuarat MKT UMNO bermula pada pukul 9 malam dan berakhir sekitar pukul 11.15 malam.

Media Baharu