fb fb fb fb fb

Malaysia-Thailand, percepat pelaksanaan projek infrastruktur di sempadan

(FOTO FB MENTERI)

BANGKOK, 28 Ogos - Malaysia dan Thailand bersetuju menggerakkan usaha ke arah mempercepatkan pelaksanaan projek-projek infratruktur khususnya di sempadan.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata ia sebagai langkah memastikan aktiviti perdagangan dan hubungan antara rakyat kedua-dua buah negara dapat dipertingkatkan untuk kesejahteraan bersama.

Tambahnya, Malaysia dan Thailand melihat kepentingan untuk memastikan projek-projek infrastruktur di sempadan diberi perhatian serius.

(Fadillah mengadakan pertemuan bersama Timbalan Perdana Menteri Thailand,
Prawit Wongsuwan / FOTO FB MENTERI)

"Projek-projek itu termasuk pembinaan Jambatan Rantau Panjang–Sungai Golok, Jambatan Pengkalan Kubor–Tak Bai dan jajaran jalan menghubungkan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam dan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sadao baharu di Songkhla," katanya.

Datuk Seri Fadillah yang dalam lawatan kerja ke Bangkok telah mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Prawit Wongsuwan pada Jumaat.

Terdahulu beliau turut bertemu Menteri Pengangkutan Saksayam Chidchob.

Rundingan antara Malaysia dan Thailand bagi projek-projek ini telah tertangguh disebabkan pandemik COVID-19.

Lawatan bertujuan untuk berbincang usaha untuk meningkatkan lagi kerjasama antara Malaysia dan Thailand berhubung pelaksanaan projek-projek infrastruktur yang melibatkan kedua-dua buah negara.

Media Baharu