fb fb fb fb fb

Kembara Marang-Cameron Highlands YADIM, pamer semangat cintakan agama, negara

MARANG, 28 Ogos- Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) Terengganu menganjurkan Program Kembara Marang-Cameron Highlands.

Disertai 30 anak muda dari Marang, peserta mengambil peluang tersebut menzahirkan semangat cintakan agama dan negara menjelang hari kebangsaan.

Menurut Pengarah YADIM Terengganu, Nasrul Hadi Saidin turut diadakan Santai Ilmu dan gotong royong membersih masjid di Cameron Highlands dan ziarah kebajikan.

Program dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri itu sebagai serampang dua mata untuk memupuk semangat cintakan negara sambil berdakwah dan berekreasi.

"Sambutan Hari Kebangsaan akan berlalu begitu sahaja jika tidak diisi dengan sesuatu, jadi YADIM sebagai sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan dan AADK di bawah KDN membuahkan hasil apabila kami mengadakan aktiviti kebajikan termasuk membersihkan masjid di Cameron Highlands ini," katanya.


(Pengarah YADIM Terengganu, Nasrul Hadi Saidin)

Sementara itu pegawai agama daerah Cameron Highlands, Saiful Idham Zaimi menyambut baik usaha yang dilakukan.

"Cuma kita perlu meningkatkan lagi beberapa perkara supaya ke arah menyatupadukan atau kedamaian dalam kalangan masyarakat di Malaysia ini," ujarnya.

Program seumpama diharap akan dapat diteruskan pada masa akan datang dengan melibatkan selebriti tempatan.


Media Baharu