fb fb fb fb fb

Selangor FM anjur Konsert Prelude Aspirasi Merdeka

(Penerbit Program, Nor’ain Muftaharrudin ditemu bual Berita RTM selepas Konsert Prelude
Aspirasi Merdeka Selangor FM 2022)

SERI KEMBANGAN, 28 Ogos - Bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan, Selangor FM mengadakan Konsert Prelude Aspirasi Merdeka Selangor FM 2022 di Hype Uptown Night Bazar, The Mines, Seri Kembangan, malam tadi.

Menurut Penerbit Program, Nor’ain Muftaharrudin, konsert itu dilaksanakan dalam usaha stesen radio RTM menyemarakkan rasa cinta kepada negara dan mewujudkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.

"Pastinya untuk kita menaikkan semangat patriotik kepada semua warga Malaysia kerana kita perlu berbangga dengan negara kita kerana kita hidup dalam keadaan yang cukup bahagia dan makmur, jadi yang paling penting memang itulah matlamat utama Selangor FM menganjurkan Konsert Prelude Aspirasi Merdeka Selangor FM," kata beliau ketika ditemui selepas konsert tersebut.


(Konsert Prelude Aspirasi Merdeka Selangor FM 2022 diadakan di Hype Uptown Night Bazar, The Mines,
Seri Kembangan, malam tadi)

Selain itu, konsert ini juga dilaksanakan sebagai penghargaan kepada pendengar setia Selangor FM yang sentiasa memberi sokongan selama ini.

Keistimewaan konsert pada kali ini adalah penglibatan penglipur lara yang menceritakan mengenai sejarah kemerdekaan dan badan beruniform iaitu Polis Diraja Malaysia yang mengiringi lagu berkaitan kemerdekaan.

Antara artis terlibat adalah Man Bai, Nizam Laksamana, Rahmat Mega, Shafie Rio, Sissy Iman dan Wany Hasrita.

Hadir sama Timbalan Pengarah Jabatan Penyiaran Selangor, Mohd Zamani Ibrahim.

Media Baharu