fb fb fb fb fb

Projek Menara 118 tidak pinggirkan Stadium Merdeka dan Stadium Negara, ambil kira kepentingan semua

(Projek Menara 118 dilaksana dengan penuh tanggungjawab dan mengambil kira semua pemegang
taruh khususnya komuniti sekitarnya)

KUALA LUMPUR, 28 Ogos - Projek Menara 118 dilaksana dengan penuh tanggungjawab dan mengambil kira semua pemegang taruh khususnya komuniti sekitarnya.

Pelbagai aktviti libat urus dilaksana bagi mewujudkan rasa kebersamaan di 'kejiranan' atau presint 118 termasuklah aktiviti seni dan budaya.

Timbul kegusaran orang ramai akan nasib dua struktur bersejarah, Stadium Merdeka dan Stadium Negara apabila projek pembangunan Menara 118 mula diumumkan.

Namun, Permodalan Nasional Berhad (PNB) selaku pemilik projek berjaya menyelamatkan dua ikon ini sekali gus diwartakan sebagai khazanah warisan negara.

Pengurus Think City, Nicole Thum berkongsi signifikan kerjasama dengan pihak PNB dalam menghidupkan presint 118 dengan pelbagai aktiviti seni dan budaya.


(Aktiviti "Peszta Seni Merdeka" yang dianjurkan PNB dan Think City bersama komuniti sekitar Kampung Attap)

"Ramai tidak mengetahui Stadium Merdeka telah melalui proses restorasi, apa berlaku kepada stadium ini, apa itu Merdeka dan Hari Malaysia. Jadi kami bersama komuniti kampung Attap meraikan elemen muzik, seni dan budaya selain sejarah di presint Merdeka ini," kata beliau ketika ditemu bual wartawan Berita RTM, Jelberter Robert yang meninjau aktiviti "Peszta Seni Merdeka" yang dianjurkan PNB dan Think City bersama komuniti sekitar Kampung Attap, di sini.

'PESZTA' yang berlangsung dua hari pada 27 dan 28 Ogos di Kampung Attap sempena bulan kebangsaan membawa pengunjung menyelusuri sejarah monumen ikonik negara ini.

Bukan sekadar pameran semata-mata, naratif sejarah dipersembahkan menerusi lensa kreativiti merangkumi seni tari, audio visual dan bengkel.

"Pembangunan bukan bermaksud mengenepikan budaya malah menggabung pembangunan dengan elemen sekeliling, walaupun Merdeka 118 dinaikkan, Stadium Merdeka dan Stadium Negara kekal terjaga," menurut Nicole.

Media Baharu