fb fb fb fb fb

Mesyuarat JKSMN tumpu tingkat produktiviti tanaman padi, peranan FAMA

KUALA LUMPUR, 10 Jun- Inisiatif penanaman untuk meningkatkan pengeluaran padi negara secara lima musim dalam tempoh dua tahun akan dipertimbangkan.

Ia sebagai usaha untuk menambah baik ekosistem agromakanan negara.

Perkara itu antara diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara (JKSMN) Kali ke-3 Bilangan 1 Tahun 2023 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.

(Foto Hiasan)

Turut dipertimbangkan dalam mesyuarat itu ialah usaha Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dalam menjamin ketersediaan bekalan makanan dan cadangan penetapan sistem penternakan secara tertutup bagi pengurusan ladang yang produktif dan selamat.

Sebanyak tiga kertas kerja diteliti bagi menambah baik ekosistem agromakanan negara khususnya dalam mencapai sasaran keterjaminan makanan yang mencukupi.

JKSMN turut memberi tumpuan memperkukuh sekuriti makanan negara mengambil kira faktor yang memberi kesan kepada pertanian negara seperti perubahan iklim; kekangan sumber; konflik geopolitik; kemudahsampaian makanan; jurang pendapatan dan amalan pemakanan.

Media Baharu