fb fb fb fb fb

KDN, KPM pandang serius isu buli di sekolah

POKOK SENA, 10 Jun- Semua pihak perlu berganding bahu membanteras dan menangani kes buli di sekolah.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pendidikan (KPM) sememangnya memandang serius isu berkenaan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kerjasama itu penting bagi memastikan kejadian buli tidak berulang.

Jelas beliau, cabaran terbesar yang dihadapi bukan soal undang-undang, tetapi berkaitan penguatkuasaan.

Justeru, langkah pencegahan perlu dilaksanakan segera dengan memberi tumpuan kepada aspek seperti pembinaan akhlak.

"Kita sentiasa memandang serius perkara ini...lebih-lebih lagi apabila media sosial memaparkan insiden itu, ia sering kali berakhir dengan pihak polis akan segera mengesan dan mengambil tindakan kepada pelakunya.

"Dan kita gesa baik peringkat ibu bapa atau masyarakat, institusi sekolah mahupun institusi pelaksana yang lain supaya masing-masing berganding bahu mengambil langkah perlu bagi mengekang (kejadian buli) agar perkara itu tidak menjadi barah dalam masyarakat khususnya," katanya.

(Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail)

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Negeri Kedah bercakap kepada pemberita selepas mengiringi Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek melakukan lawatan kerja ke Sekolah Kebangsaan Jabi, di sini hari ini.

Media Baharu