fb fb fb fb fb

Mesyuarat JCM ke-7 Malaysia-Vietnam, bincang isu kepentingan bersama - Zambry

(Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir)

HANOI, 19 Julai- Mesyuarat ke-7 Suruhanjaya Bersama (JCM ke-7) antara Malaysia dengan Vietnam akan diadakan di Hanoi, esok.

Ia merupakan kesinambungan kepada JCM-6 yang diadakan di Putrajaya pada November 2021.

Mesyuarat kali ini dipengerusikan bersama oleh Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir dan rakan sejawatannya, Bui Thanh Son.

"Daripada (JCM) ini merupakan antara mekanisma dua hala yang utama, bertujuan untuk membincangkan isu-isu berkepentingan bersama di peringkat Menteri Luar Negeri.

"Suruhanjaya ini telah diwujudkan pada tahun 1992, susulan pemeteraian Perjanjian Ekonomi, Sainifik dan Teknikal antara Malaysia dan Vietnam," kata Zambry.

Beliau bercakap dalam sidang media khas lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Vietnam, di sini.

Menurut Zambry pengesahan hasil perbincangan akan disaksikan oleh kedua-dua Perdana Menteri selepas mesyuarat dua hala berlangsung.

(Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir (tengah)
pada sidang media bersempena lawatan rasmi Perdana Menteri,
Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Vietnam bermula esok hingga 21 Julai ini/Foto Bernama)

Media Baharu