fb fb fb fb fb

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambut hari lahir ke-78 hari ini

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 10 Ogos - Seluruh warga Radio Televisyen Malaysia (RTM) merakamkan ucapan Selamat Hari Lahir kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-78 hari ini.

Warga RTM mendoakan agar Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, keberkatan usia, kebijaksanaan dalam memimpin, serta kekuatan untuk terus berkhidmat demi agama, bangsa dan negara tercinta.

Di bawah teraju beliau, konsep Malaysia MADANI terus menjadi landasan dalam memacu pembangunan negara yang seimbang antara kemajuan ekonomi, keadilan sosial dan kelestarian alam sekitar.

Ucapan terima kasih turut dizahirkan atas kepimpinan yang penuh hikmah, dedikasi dan kesungguhan dalam mengangkat martabat Malaysia di persada dunia.

TUN JULIA MOHD TAHIR