fb fb fb fb fb

Sasaran RM49 bilion pendapatan pelancongan mampu dicapai - MITA

(Foto Hiasan)

KUALA LUMPUR, 19 Julai- Malaysia mampu mencapai sasaran RM49 bilion pendapatan pelancongan tahun ini.

Presiden Persatuan Pelancongan Domestik Malaysia (MITA), Uzaidi Udanis berpendapat lebih banyak acara dan pakej pelancongan menarik boleh ditawarkan pemain industri.

Sekali gus memaksimumkan jumlah perbelanjaan pelancong dalam negara.

Jelasnya, kedudukan Ringgit ketika ini juga perlu dilihat sebagai peluang untuk merancakkan sektor pelancongan domestik, selain menarik lebih ramai pelancong luar negara.

"Kita kena adakan pengisian, macam saya kata tadi kena ada pertunjukan kebudayaan. Kita nak pelancong datang sini, jadi mereka tinggal sini selama yang boleh.

"Kita nak mereka tinggal tiga ke empat malam, tapi nak tinggal tiga malam mereka kena ada satu pengisian, perlu ada aktiviti, acara untuk mereka tinggal di sini," katanya kepada RTM.

(Presiden Persatuan Pelancongan Domestik Malaysia (MITA), Uzaidi Udanis)

Beliau turut mencadangkan agar Akta Pelancongan dikaji semula supaya penjualan produk pelancongan tidak terhad kepada ejen pelancongan sahaja, terutama berunsurkan industri desa dan aktiviti pengembaraan.

Selain itu, urusan keperluan dokumentasi pelancong termasuk visa perlu dipermudah bagi menggalakkan ketibaan pelancong.

Tahun lepas, Malaysia menerima lebih 10 juta kemasukan pelancong dengan nilai perbelanjaan pelancong lebih RM28 bilion.

Media Baharu