fb fb fb fb fb

Pembantu rumah tidak didera, tetapi lari kerana mencuri - Polis

JOHOR BAHRU, 19 Julai - Dakwaan seorang pembantu rumah warga asing melarikan diri, di sini kerana didera majikan seperti tular di media sosial semalam adalah tidak benar.

Sebaliknya warga asing itu bertindak sedemikian selepas mencuri wang tunai dan barang berharga milik majikannya, di sebuah kediaman di Taman Pelangi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, siasatan awal mendapati suspek berumur 31 tahun itu melakukan jenayah itu pada pukul 11:21 pagi, 17 Julai lalu.

Wanita tersebut menyimpan hasil curi di dalam sebuah beg, sebelum bertindak memanjat pagar rumah majikan untuk melarikan diri.

(FOTO HIASAN)

Ketika kejadian suspek memakai baju T berwarna hitam berjalur kuning dan berseluar merah polis sedang giat mengesannya.

Laporan polis dibuat majikan pada 18 Julai, selepas menyedari kegiatan pembantu rumahnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan.

Maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Sarjan Shahrul Azwan Aziz ditalian 016 - 9442795.

Media Baharu