fb fb fb fb fb

Mesyuarat dua hala PM-pemimpin dunia rapatkan hubungan & kerjasama strategik

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

DAVOS, 23 Januari- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan mesyuarat dua hala dengan beberapa pemimpin dunia sempena menghadiri Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland.

Menerusi perkongsian di Facebook, Datuk Seri Anwar berkata kesempatan itu digunakan bagi merapatkan lagi hubungan dan kerjasama strategik untuk kepentingan bersama di masa hadapan.

"Antaranya, pertemuan dengan Perdana Menteri Libya, Abdul Hamid Dbeibeh dimana kami senada untuk melonjakkan lagi sinergi kerjasama di peringkat ekonomi, pelaburan dan perdagangan.

"Sewaktu sesi dengan Perdana Menteri Belanda, Dick Schoof pula, kesepakatan dijabat tangan dalam meningkatkan hubungan pendidikan, ekonomi dan perdagangan di masa hadapan.

Turut diadakan pertemuan dengan Presiden Somalia, Hassan Sheikh Mohamud dan bertukar pandangan dalam merancakkan lagi hubungan dua hala, selain isu semasa termasuk gencatan senjata di Gaza.

"Di akhir pertemuan, saya menghulurkan jemputan kepada kesemua pemimpin untuk melawat Malaysia yang kini menjadi Pengerusi ASEAN 2025 agar keharmonian hubungan diplomatik yang dijalin terus segar, Insya-Allah", katanya menerusi hantaran di Facebook.

ROSLINA BINTI DIN