fb fb fb fb fb

Mercun dan minuman keras tidak bercukai bernilai RM150,000 berjaya dirampas Polis Melaka

BUKIT BERUANG, 17 Januari - Polis Melaka merampas mercun dan pelbagai jenis minuman keras tidak bercukai bernilai RM150,000 di sebuah rumah di Bukit Cina, Jumaat lepas.

Ketua polis negeri, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata dalam kejadian 7 petang itu, tiga individu berusia antara 27 hingga 29 tahun ditahan.

Hasil siasatan mendapati suspek menjual mercun berkenaan menerusi Facebook dan turut menyertakan katalog bagi senarai jenis mercun.

Malah dua daripada suspek terbabit mempunyai rekod jenayah lampau.

"Kita sedang menjejak seorang lagi suspek yang dipercayai ketua sindiket berkenaan,"katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen, Melaka.

Kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.

 

Media Baharu