SEREMBAN, 17 Januari - Seramai 300 orang siswazah di Negeri Sembilan menerima wang tunai RM5,000 dalam majlis Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama.
Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, 98 orang daripadanya menerima pada sesi pertama hari ini, tujuh daripadanya adalah penerima yang telah dihapus kira pinjaman pelajaran mereka sebanyak RM88,500.
Beliau yakin, penghargaan yang diberi kepada mereka yang cemerlang itu, masa depan negara bakal ditadbir dengan orang yang layak dan cemerlang.
"Hari ini kumpulan pertama, kita ada tiga kumpulan akan kita buat dalam tempoh tiga bulan ni, bulan depan dan bulan Mac akhirnya dan lebih kurang dalam 300 lebih penerima akan menerima ijazah," Kata Aminuddin pada Majlis Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama Yayasan Negeri Sembilan Sesi 1 di Seremban.
Sementara itu, Aqilah Fatinah Rosli, 25, dan adiknya Athirah Najihah Rosli, 24, antara 98 orang penerima anugerah berkenaan yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama setelah menamatkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi masing-masing.
Ia merupakan hadiah paling manis dalam hidup mereka apabila berkongsi detik istimewa menerima anugerah kecemerlangan bersama ahli keluarganya sendiri di satu pentas.
Kejayaan mereka itu didorong dengan sokongan daripada ibu bapa dan adik beradik yang sentiasa memberi semangat agar dia kekal fokus bagi menghadapi peperiksaan di peringkat universiti.
"Saya sebenarnya tiada ada tip tapi saya cuma ada apa orang cakap macam amalan cuma penting solat lima waktu jangan lupa untuk biasanya saya amalkan solat dhuha untuk kita tenangkan jiwa begitu juga dengan keredhaan ibu bapa," kata penerima anugerah Aqilah Fatinah rosli.
"Alhamdulillah saya rasa sangat gembira sebab saya dan kakak saya sekali untuk ambil penghargaan ini dan saya harap pelajar diluar sana terus berusaha dan yakin dengan diri anda," kata kembar Aqilah, Athirah Najihah Rosli.
"Ini macam kiranya pertama sekali memang saya bersyukur dekat mak saya sebab tanpa mereka ibu bapa saya khususnya sebab saya kesian dekat diorang sebab daripda dulu sampai sekarang dioramg yang asyik bayar saya jadi saya tekad supaya saya dapat hapus kira," kata seorang lagi penerima, Siti Nur Athirah Ibrahim.