fb fb fb fb fb

Geran RM5,000 kepada 100 usahawan belia di Wilayah Iskandar Malaysia, Johor


JOHOR BAHRU, 17 Januari- Seramai 100 usahawan belia di Wilayah Iskandar Malaysia menerima geran RM5,000 setiap seorang menerusi program Iskandar Malaysia Youth Entrepreneur Scheme (IMYES).

Ke semua usahawan belia itu telah menamatkan latihan kemahiran dan keusahawanan yang berlangsung selama empat hari.

Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) Datuk Dr Badrul Hisham Kassim berkata, IMYES merupakan inisiatif Iskandar Malaysia memastikan rakyat khususnya belia yang terjejas akibat COVID-19 diberi sokongan dan bantuan supaya boleh kembali mengukuhkan taraf sosio ekonomi mereka.

"Ke semua program-program yang dilaksanakan menjurus kepada memperkasakan golongan belia berdasarkan kepada rangka kerja pembangunan belia Iskandar Malaysia. Dibawah rangka kerja ini, pemerkasaan belia adalah berteraskan kepada belia sebagai penerima manfaat, belia sebagai rakan strategik dan belia sebagai pemimpin," kata Dr Badrul ketika berucap menyampaikan geran kepada belia terlibat di sini.

Program IMYES dilaksana Iskandar Youth Hub Sendirian Berhad melalui dana Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

Setiap peserta diberi elaun sepanjang latihan bagi mengurangkan beban mereka.

Media Baharu