fb fb fb fb fb

Menu Rahmah di universiti dilaksana dalam tempoh terdekat

KUALA LUMPUR, 3 Februari- Program Menu Rahmah, bakal dilaksana di institusi pengajian tinggi dalam tempoh terdekat.

Komitmen dinyatakan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Bagi tujuan itu, Kementerian Pengajian Tinggit (KPT) sedang bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

"KPT dengan KPDN sedang berbincang mengenai perkara ini, saya rasa (terutama) universiti dalam KPT tiada masalah untuk menempatkan atau menyediakan ruang bagi menjayakan program ini," katanya pada sidang media selepas melancarkan prapelancaran Universiti UCSI Kampus Cawangan Antarabangsa di Bangladesh, di sini hari ini.

Program Menu Rahmah membolehkan orang ramai menikmati makanan tengah hari dan malam masing-masing pada harga RM5.00, di hampir 15,000 premis makanan di seluruh negara.

(Mohamed Khaled Nordin)

Media Baharu