fb fb fb fb fb

MENTION 2023: Bincang perubahan era dalam bidang penyiaran

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman

KUALA LUMPUR, 9 November- Persidangan Antarabangsa Media dan Komunikasi ke-18 (MENTION 2023) akan diadakan pada 14 hingga 16 November ini di Bangi.

Persidangan tersebut dianjurkan Pusat Kajian Media dan Komunikasi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Pengerusi Pusat Kajian Media Dan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaaan UKM, Dr. Maizatul Haizan Mahbob berkata ia membawa tema Transformasi Media dan Komunikasi.

Persidangan tersebut akan membincangkan mengenai perubahan era dalam bidang penyiaran.

"Kita sedar, kita celik dengan perubahan ini, kita tidak boleh lari daripadanya, kita boleh menguruskannya dengan baik menerusi media dan komunikasi. Misalnya melalui literasi media supaya kehidupan kita menjadi lebih sejahtera," kata Maizatul Haizan kepada pemberita dalam rancangan terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini.

Dalam persidangan itu juga, Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman akan berkongsi pengalaman beliau dalam bidang penyiaran.

"Jadi cabarannya adalah bagaimana kita hendak menyediakan satu pasukan untuk menentukan mesej kita betul-betul sampai. Daripada segi tradisionalnya, daripada segi  over the top (OTT), daripada segi media sosialnya dan bagaimana mesej kita dapat disampaikan untuk  golongan-golongan tertentu," kata Suhaimi.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM