fb fb fb fb fb

Kadar inflasi negeri, catat peningkatan lebih rendah berbanding kadar nasional

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 9 November- Kadar inflasi berdasarkan negeri mencatat peningkatan lebih rendah setakat September berbanding kadar nasional iaitu 1.9 peratus.

Jelas Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib, dua negeri iaitu Kelantan dan Negeri Sembilan mencatatkan kadar terendah sebanyak 1.3 peratus.

"Kadar inflasi yang dicatatkan di Kelantan ini didorong oleh harga kumpulan Makanan dan Minuman Bukan Alkohol yang lebih rendah iaitu 2.5 peratus.

"Manakala kadar inflasi yang rendah bagi Negeri Sembilan pula didorong oleh penurunan kumpulan Restoran dan Hotel iaitu 1.1 peratus," kata Hanifah Hajar ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Indera Mohd Shahar Abdullah di Dewan Rakyat, di sini.

Kata Hanifah Hajar, kadar inflasi diukur berdasarkan Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi menilai perubahan harga purata item di dalam bakul tetap barangan dan perkhidmatan untuk satu tempoh masa tertentu.

Perubahan itu mewakili corak purata pembelian oleh sekumpulan penduduk.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM