fb fb fb fb fb

Menteri Kabinet baharu :Mat Sabu anggap pelantikan sebagai amanah dan tanggungjawab berat

PADANG SERAI, 3 Disember- Pelantikan barisan kabinet baharu Kerajaan Perpaduan dibawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap amanah dan tanggungjawab berat untuk dipikul.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohammad Sabu berkata pelantikannya sebagai Menteri bukan sesuatu yang mudah kerana rakyat menaruh kepercayaan dan harapan bagi melihat hasil daripada pengecilan saiz kabinet yang telah dirancang.


(Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohammad Sabu)

"Perdana Menteri memilih secara menyeluruh. Pengurangan ahli kabinet dihadkan kepada 28 orang sahaja. Jadi, kita terpaksa memikul kerja yang lebih berat kerana bilangan menteri lebih kecil sekarang ini dan rakyat mahukan hasil yang baik", katanya kepada pemberita selepas berceramah di Padang Serai.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Pengerusi Badan Perhubungan BN Kedah, Datuk Seri Dr Jamil Khir Baharom.

Mohammad Sabu kembali dilantik menganggotai kabinet setelah kali terakhir dilantik sebagai Menteri Pertahanan ketika dibawah pentadbiran bekas Perdana Menteri ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Media Baharu