fb fb fb fb fb

Kerajaan Perpaduan terus fokus usaha perkasa OKU

KUALA LUMPUR, 3 Disember- Fokus akan terus diberi terhadap usaha pemantapan dan pemerkasaan Orang Kurang Upaya (OKU).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, golongan berkenaan seharusnya diberi peluang menyumbang dalam pelbagai bidang bagi membangunkan masyarakat dan negara.

"Kerajaan Perpaduan pimpinan saya akan terus memberi fokus kepada usaha pemantapan dan pemerkasaan golongan OKU melalui kebijakan yang tuntas.

Meski diuji dengan halangan fizikal dan mental, golongan OKU seharusnya diberi peluang menyumbang keringat dan buah fikiran dalam pelbagai lapangan di negara ini terutamanya dalam hal membangun masyarakat dan negara," katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

(Datuk Seri Anwar Ibrahim)

Tambah beliau, diskriminasi terhadap OKU perlu dihentikan dan usaha perlu digembleng untuk membela golongan tersebut.

"Diskriminasi di pelbagai bidang terhadap golongan OKU mesti dihentikan dan sebaliknya kita mesti rangkul segala upaya yang ada untuk membela semua terutamanya golongan orang kurang upaya," ujarnya lagi.

Media Baharu