fb fb fb fb fb

Melaka teruskan konsep 'Rent To Own'

JASIN, 20 Mei - Konsep Rent To Own (RTO) atau skim sewa beli diteruskan di Melaka, dalam usaha merealisasikan hasrat rakyatnya memiliki kediaman sendiri, kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh

Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan Melaka (LPM) akan mengenal pasti pemohon yang betul-betul layak untuk menerima keistimewaan tersebut.

Setakat ini, konsep RTO memanfaatkan 1,150 penerima rumah melalui konsep itu dengan 1,100 melalui program Perumahan Rakyat (PPR) dan 50 menerima rumah sejahtera di tiga lokasi di sekitar negeri itu.

"Dengan skim sewa beli yang dari RM200 dan RM300 bergantung kepada keluasan rumah yang mana yang dia mahu, kalau nak rumah yang besar sikit RM300,00, jika kecil RM200,000.

"Jadi skim sewa beli ini berjalan selama 15 tahun setelah 15 tahun selesai bayar, tetapi syaratnya sewaktu sewa beli, dia tidak boleh sewakan kepada orang, tidak boleh jual, perlu duduk dan rumah juga tidak boleh ditinggalkan," kata, di sini.

(Rauf bercakap kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Kunci RumahSsejahtera Lipat Kajang,
di sini)

Tambah Rauf, konsep RTO akan dilaksankan secara berterusan di negeri itu dalam meringankan beban rakyat.

Media Baharu