fb fb fb fb fb

Melaka tambah baik pencahayaan di lokasi sering berlaku kemalangan jalan raya

Foto RTM

AYER KEROH, 26 Mei - Kerajaan Melaka sedang meneliti lokasi-lokasi yang sering berlaku kemalangan jalan raya.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, pihaknya menerusi jabatan dan agensi terlibat akan berusaha menambah baik dari sudut pencahayaan terutama di kawasan luar bandar.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Melaka bagi tempoh Januari hingga April lalu sebanyak 68 kes kemalangan maut dan 7,871 kes kemalangan jalan raya yang telah direkodkan.

"Saya ingin memaklumkan bahawa kita akan meminta pihak polis untuk memantau kadar jenayah yang semakin meningkat serta jumlah kemalangan jalan raya yang tinggi di Melaka," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Bagi Bulan Mei 2025 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), hari ini.

Tambahnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Melaka juga sedang giat melaksanakan “Mobile Road Block” di kawasan bersasar serta Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah yang melibatkan kerjasama antara PDRM dengan agensi penguatkuasaan lain di seluruh Melaka.

Sebanyak 58 kes pecah rumah melibatkan 73 individu berjaya diberkas.

SITI NUR DIATIE BINTI ZAIDI