fb fb fb fb fb

Melaka sedia uar-uarkan PADU kepada rakyat

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Melaka, Datuk Fairul Nizam Roslan

MELAKA, 2 Januari - Melaka melalui Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dan Pusat Internet Desa akan bekerjasama bagi menguar-uarkan mengenai Pangkalan Data Utama (PADU), sekali gus menarik orang ramai untuk mendaftar dan mengemas kini maklumat.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Melaka, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata ia penting bagi memastikan kerajaan mempunyai maklumat terkini dan tiada individu yang tercicir daripada menerima bantuan selayaknya.

"PADU ini boleh mengelakkan keciciran rakyat yang sepatutnya layak menerima bantuan dan subsidi, jadi seharusnya kita selaku rakyat Malaysia khususnya rakyat Melaka menyambut baik dan segera mungkin saya di peringkat negeri Melaka akan menyusun atur gerak kerja pendaftaran kita akan bincang dengan Ketua Menteri tentang gerak kerja tersebut dan saya yakin dan percaya PEDi, pusat internet desa akan membantu bersama-sama menggerakkanya," kata Fairul Nizam kepada RTM.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan sistem PADU, di Putrajaya.

PADU Go-Live dibuka kepada umum bermula haru ini hingga 31 Mac depan untuk mengemas kini maklumat individu.

PADU merupakan usaha kerajaan membantu rakyat khususnya dalam pemberian bantuan dan subsidi.

Melaluinya, kerajaan dapat menyusun atur pemberian subsidi yang lebih bersasar serta mengukur tahap sosio ekonomi rakyat.

TETITIA YUSOFF