fb fb fb fb fb

Solat wajib dilaksanakan walaupun dalam keadaan musibah banjir

FOTO FAIL

PUTRAJAYA, 2 Januari - Umat Islam yang terjejas banjir wajib melakukan solat dengan sempurna tanpa menjamaknya sekiranya kawasan penempatan sementara itu kering, lapang dan tiada darurat untuk melaksanakan solat.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Luqman Abdullah memberitahu mereka boleh menggunakan air yang bersih, tiada kotoran najis dan cukup syarat sebagai air mutlak.

"Solat itu perlu dilaksanakan, kalau tiada air yang bersih maka mereka boleh menggunakan debu, tanah dan secara tayamum ataupun kalau ada air banjir. Sebagai contoh air banjir sebenarnya tiada halangan untuk mengambil wuduk sebab itu tidak sebagai air yang kotor.

"Air banjir ini datang daripada sungai, hujan lebat dan sebagainya jadi air itu boleh digunakan untuk mengambil air wuduk tertakluk kepada syarat-syarat seperti tidak ada najis dan sebagainya," kata Dr. Luqman kepada pemberita ketika ditemui di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Kompleks Islam Putrajaya, di sini.

Beliau turut menyeru umat Islam yang ditimpa musibah banjir terus meletakkan kepentingan solat di tempat paling tinggi dalam apa juga situasi.

TETITIA YUSOFF