fb fb fb fb fb

Melaka sasar pelaburan bernilai RM500 juta menerusi penyertaan Minggu Melaka di Ekspo 2020 Dubai

DUBAI, 13 Mac- Melaka menjadi negeri terakhir yang diberi peluang untuk menyertai Ekspo 2020 Dubai-Minggu Melaka sebelum ekspo itu melabuhkan tirainya pada 31 Mac 2022 nanti.

Kerajaan negeri Melaka membawa beberapa agensi termasuk Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM), Badan Kawal Selia Air (BKSA), Tourism Melaka selain turut memberi ruang kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi mengetengahkan produk mereka.

Minggu Melaka yang bermula pada 13 Mac hingga 19 Mac diketuai oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang turut merasmikannya pada 14 Mac nanti.

Datuk Seri Sulaiman sebelum ini turut memaklumkan, Melaka menyasarkan RM500 juta pelaburan akan diperoleh sepanjang seminggu ia berlangsung.

Sasaran itu katanya akan melibatkan semua sektor yang akan membantu meransang ekonomi negeri itu seperti pelaburan, pelancongan, produk buatan Melaka serta pendidikan.


(Gambar Fail)

Sebelum ini selain Melaka, empat lagi negeri yang menyertai ekspo itu adalah Sabah, Pulau Pinang, Johor dan Selangor.

Selain program di ekspo itu, kerajaan negeri turut merangka lawatan ke Sharjah Research Technology and Innovation Park, Dubai Global Village Management dan beberapa syarikat terkemuka di UAE bagi merancang peluang pelaburan di negeri itu.

Media Baharu