fb fb fb fb fb

Kos dan kuota bagi ibadah haji tahun ini dijangka umum awal bulan depan

KOTA BHARU, 13 Mac- Kos dan kuota mengerjakan haji tahun ini dijangka diumum awal bulan depan.

Ia selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad dijadualkan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Arab Saudi mengenai perkara berkenaan, hujung minggu ini.

Bercakap kepada pemberita di Kota Bharu, Kelantan, Timbalan Menteri di Jabatan perdana Menteri (Hal Ehwal Agama, Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, perbincangan turut merangkumi aspek SOP yang perlu dipatuhi jemaah haji semasa menunaikan ibadah itu nanti.

"Kerajaan akan membuat pengumuman berkaitan SOP ,dan kos haji berdasarkan hasil perbincangan itu nanti," kata Marzurk kepada RTM.


(Gambar Fail)

Sementara itu, Datuk Ahmad Marzuk berkata pelaksanaan penjarakan fizikal untuk solat jemaah selaras ‘Fasa Peralihan Ke Endemik' mulai 1 April ini, terletak dalam bidang kuasa kerajaan negeri.

"Di peringkat Wilayah Persekutuan, ibadah solat telah ,dilaksanakan tanpa penjarakan," tambahnya.

Media Baharu