fb fb fb fb fb

Melaka optimis sediakan peluang kerjaya menerusi inisiatif pembangunan

Foto Fail

AYER KEROH, 13 Disember- Kerajaan negeri Melaka optimis dalam mewujudkan peluang-peluang pekerjaan baharu melalui agenda pembangunan baharu di negeri itu.

Ia termasuk pembangunan Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ) yang dijangka membuka lebih 10,000 peluang pekerjaan kepada rakyatnya.

Exco Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna, Ngwe Hee Sem berkata kerajaan negeri juga akan menaik taraf produk pelancongan sedia ada serta mewujudkan produk baharu seperti Taman Laut di Pulau Undan dan Melaka Archipelago sebagai produk ekopelancongan negeri itu pada masa akan datang.

Tambah Hwee Sem, kerajaan negeri juga akan memperbanyakkan tempat perniagaan dengan insfrastruktur lengkap bagi mewujudkan zon perniagaan terancang sekali gus memperkasa inisiatif Melaka Bebas Niaga.

"Melaka kini menjadi zon bebas berniaga. Kita sudah siapkan tempat untuk rakyat Melaka berniaga selain kita juga menaik taraf lokasi-lokasi pelancongan.

Kita juga akan menambah peluang pekerjaan di Melaka, pembangunan M-WEZ juga akan turut menyediakan 10,000 peluang kerjaya," kata Hwee Sem ketika ditemui pada Persidangan Keempat (Bajet) Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri Melaka ke-15 di Seri Negeri, di sini.

Dalam pada itu, kadar penggangguran di Melaka merekodkan penurunan sebanyak 2.6 peratus atau 12,100 orang.


(FOTO BERNAMA)

 

Media Baharu