fb fb fb fb fb

Melaka jalin kerjasama dengan Indonesia, isi kekosongan sektor perhotelan dan pelancongan kesihatan

BANDARAYA MELAKA, 6 Februari - Kerajaan Negeri Melaka akan menjalin kerjasama dengan wilayah Pekanbaru dan Dumai, Indonesia bagi mendapatkan tenaga buruh untuk mengisi kekosongan dalam sektor perhotelan serta pelancongan kesihatan di negeri itu.

Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata usaha itu dilaksana kerana kedua-dua sektor berkenaan berdepan kekurangan tenaga kerja khususnya di kalangan anak tempatan yang kurang berminat mengisi kekosongan di dalam sektor berkenaan.

Menurut Datuk Muhammad Jailani biarpun Melaka Melaka terkenal sebagai negeri pelancongan kesihatan dan mempunyai banyak hotel , ia menghadapi sedikit masalah kerana rakyat Melaka tidak mahu bekerja pada gaji minimum.

Sehubungan itu, antara solusi yang dirancang ialah memberi ruang kepada pelajar Indonesia untuk melakukan latihan industri di Melaka, sekurang-kurangnya dalam tempoh enam bulan dalam kedua-dua sektor.

Beliau berkata kerjasama itu akan dibincang bersama dengan wakil agensi dan pihak terbabit di Indonesia menerusi lawatan kerjanya ke Jakarta selama seminggu bermula hari ini.

Media Baharu