fb fb fb fb fb

Tiga hilang tempat berteduh akibat kebakaran



SARATOK, 6 Februari-
Tiga penghuni sebuah rumah hilang tempat berteduh setelah kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Jalan Simpang Empat berdekatan Masjid As-Sabirin, malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan, panggilan kecemasan diterima pada pukul 10.42 malam.

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Saratok bersama sebuah jentera pemadam api digerakkan ke lokasi kebakaran.

Sejurus tiba, anggota bomba mendapati rumah setingkat jenis tidak kekal itu telah musnah sepenuhnya dan api telah dipadamkan oleh penduduk kampung.

Pihak bomba melakukan kerja-kerja pemadaman sepenuhnya bagi memastikan keadaan selamat.

Sebuah rumah yang terletak bersebelahan turut mengalami kerosakan.

Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan.

Media Baharu