fb fb fb fb fb

14 kematian baharu COVID-19 direkodkan

KUALA LUMPUR, 6 Februari - Sebanyak 14 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 direkodkan setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 32,025 orang, daripada 2.9 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal COVIDNOW, sembilan daripada 14 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 65,952 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.

Manakala sebanyak 12,307,360 atau 52.6% individu dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak COVID-19 setakat semalam.

Media Baharu