FOTO: AFP
LONDON , 6 Februari - Chelsea mara ke pusingan kelima Piala FA selepas menewaskan pasukan liga bawahan, Plymouth Argyle 2-1.
The Blues bagaimanapun dipaksa bekerja keras sehingga masa tambahan sebelum memperoleh gol kemenangan menerusi Marcos Alonso.
Kelebihan juga ternyata milik Chelsea apabila pasukan lawan gagal menyempurnakan sepakan penalti di Stamford Bridge.
Sementara itu, Everton menewaskan Brentford 4-1 dalam aksi pusingan keempat di Goodison Park.
Sekali gus menjadi permulaan cemerlang buat pengurus baharu, Frank Lampard.
Dalam pada itu, jaringan pada masa tambahan memastikan West Ham menewaskan pasukan bukan pilihan, Kidderminster Harriers 2-1.
Keputusan lain Manchester City menundukkan Fulham 4-1 manakala Crystal Palace mengalahkan Hartlepool United 2-1.