fb fb fb fb fb

Segerakan langkah strategik mitigasi bencana

SHAH ALAM, 6 Februari - Langkah strategik mitigasi bencana termasuk banjir perlu segera dilaksana.

Harapan disuarakan penduduk terjejas banjir bagi mengelak insiden sama berulang hingga mengakibatkan banyak kesan buruk.

"Sebagai penduduk Sri Muda ni kita menyambut baik yang kerajaan cadangkan dan perlaksanaan semoga dengan apa yang kerajaan laksanakan masalah banjir di Sri Muda dapat diselesaikan dengan segera," kata penduduk yang terkesan, Kamaruzzaman Ismail

"Saya harap pihak kerajaan ni usaha cepatkanlah bantuan ni masa hilang nyawa semua," tambah seorang lagi penduduk, Fakrizal Ismail

"Bagus pada saya bagus rancangan tersebut, kita kena ada ambil la pelan tindakan berkenaan," kata Hairi Subran.

Iskandar Daud pula berpandangan, "Kalau terowongan air dah ada air cepat keluar jadi tergenang air cepat keluarlah, itu bagus sangat."

"Ok, kalau mereka boleh buat macam tu ok, mungkin lepas ini air pasang ke, hujan ke, tidak ada banjir lagi sebab sini hari itu memang teruk kena banjir lagi," kata penduduk terjejas banjir, Byeron

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini mengumumkan langkah jangka pendek dan panjang yang akan dilaksana kerajaan bagi mitigasi bencana, termasuk banjir.

Antaranya mengawal penebangan hutan, membina terowong SMART, membangunkan kota takungan pinggir sungai dan mewujudkan sistem amaran menggunakan teknologi terkini.

 

Media Baharu